Nov 15, 2013

Dilema

Views

Assalamualaikum.

hai..
(^_^)

dilema antara nk berhenti kerja atau tak
samaada nak berhenti kerja dan sambung parttime bisnes kat rumah, 
atau teruskan macam sekarang, 
kerja dari 8-5, balik rumah masak kemas rumah semua, dalam jam 9, start buat kerja manik.
biasa nya kerja manik dari jam 9- 12malam.
tapi kadang-kadang menglat jugak, 
sebab mabuk ngantuk..hehe

alhamdulillah...dah disahkan positif hamil..=)
syukur...

mungkin ini yang menambahkan dilema.

bila dah jadi pregnant mummy ni, 
hormon tu macam2 datang.
dari segi mual, muntah, penat, moody, semua bercampur aduk
lebih teruk dari pms yang selalu datang setiap bulan.

jadi macam perlukan rehat yang extra dari biasa,
dari awal nya boleh dari 9-12, 
sekarang dah jadi 10-11 je..
banyak yang bertangguh...

pergi kerja yang ambil masa sejam tu pun cukup memenatkan.
kadang2 menangis dalam kereta, 
sebab penat, pikir lepas ni nak masak, pastu jahit lagi..
menangis sendiri..
tak bagitau suami, sebab nanti dia kata, ciwek!~
tapi mmg ciwek..

lagi-lagi dalam masa sekarang.
tengok gambar anak sedara menangis pun, 
air mata ni terus mengalir.
laju

bila di fikirkan kembali, 
nanti dah perut memboyot, 
larat ke nak drive kerja pergi sejam, dan balik sejam,
perjalanan sahaja...
nak tukar kerja yang dekat , 
ada dapat, tapi gaji ditawarkan, rm900 je
dengan jawatan, Interior Designer cum sales
berbaloi ke?

dilema lagi pasal kerja....

nak kata bosan dengan kerja sekarang ni, 
itu bukan masalah utama...
cuma sekarang, 
hati lebih kepada jahitan manik.
dah takde hati nak kerja dengan orang.
yang mengikat bg cuti minimum.

kalau kerja dari rumah..
mampu ke nanti nak bayar kereta, loan study, 
takkan nak susahkan suami?

humm,,
percayakan rezeki dari Allah...

dilema...dilema..dilema..
kadang2 stress rasa
takut berhenti kerja nanti, 
terbebankan suami bayarkan hutang piutang...=(

dah google pengalaman orang yang berhenti kerja
untuk jadi surirumah...
baru rasa tenang sikit..

nanti sambung fikir..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..tahniah...sebaya la nak kite nanti..hehe..pendapat ecah, fikir dulu masak2 pasal nak berhenti tu, sebab even tengah pregnant ni pon macam2 nak pakai duit...dah dekat nak bersalin nanti nak beli barang2 anak pulak kan..mcm ecah skang, kesian kt iwan...semua nak mengharapkan die jek...huhu

    Bab jahit manik tu, mungkin boleh cuti rehat sekejap sementara nak lepas 1st trimester ni..sebab masa ni la penat, loya dan macam2 la alahan..lagipun nak menjaga kandungan, xleh penat2 sangat..

    Macam ecah pon ulang alik gi class sampai 1jam 30 minit pergi dan balik...jem kt kl ni lagi la seksa, dengan kereta manualnya..seksa sangat..sampai rumah maghrib..buat masa ni masak2 tu ajak la suami bertolak ansur, time larat, masak ringkas2..time x larat, beli makanan kat luar..jangan paksa badan..

    Yang penting, percaya yg Allah memang akan permudahkan segala yang kite buat ni..dengan keadaan mengandung tu, segala yang kite buat untuk keluarga insya-allah diberi pahala dan kekuatan...awak boleh punya..just rest banyak sikit utk 1st trimester ni..chayok2..(^_^)

    ReplyDelete

Terima kasih memberi sokongan..=)