Jan 16, 2014

Positive - Part 2

Views
Hai assalamualaikum..

Nak selesaikan cerita pasal mula2 positive pregnant..=P
walaupun dah start masuk 2nd Trimester..hehehe

Masa cek yang mula-mula masih lagi blur2,
tak tau nak bgtau parent camne yang kita ni dah mengandung,
takut tak comfirm..

Try pulak beli upt jenama Clearblue
mahal sikit, orang kata bacaan tepat,
rupanya baru tahu , ada jugak tak tepat,
ada yang pregnant tapi dikata negative..

Cuma time Nisa test, seminggu selepas cek yang blur tu,
alhamdulillah...result still positive,
kalu ni makin terang.
masa ni jugak test di awal pagi.

baru rasa semangat nak menunjuk2 kat husband
dah jadi macam budak2 melompat kegirangan,
kekeke..

suami pun nampak muka yakin,
bersemangat bangun nak pergi kerja..
lepas tu lah baru bagitahu dua2 belah parents..=)

Alhamdulillah...
lepas tu mula melalui hari2 yang meloyakan,
tak suka bau orang masak,
tak suka bau menumis..
tak suka kalau suami masak kat rumah...

hilang selera makan,
angin dalam badan pun semakin teruk..

tapi bagi nisa, alahan Nisa belum cukup teruk lagi,
mampu lagi buat kerja..
cuma mudah penat.
sebab xberapa nak makan,
lepas tu desakan angin dalam badan,
serba salah nk muntah taknak muntah...

mood pun beralun-alun..
mungkin sebab penat..

sekarang cukup masa berlalu nya 1st trimester
buku merah pun dah buat,
scan baby baru sekali dekat poliklinik,
bergenang air mata bila tgk baby dah bergerak2 dalam perut,
tapi belum rasa tendangan pertama..

masa scan tu, doktor tunjuk,
ni kepala dia, yang ni badan, kaki dan tangan dia...
doktor tengah ukur lilit badan dia,
xsabar nk tggu lagi next appoimnt,
nak scan lagi..=)

suami nak tengok sangat baby masa scan,
tapi tak sempat ari tu,
nak scan kat klinik swasta pun belom ada masa,
masa kerja suami yang kadang2 siang malam.

tak sabar menanti nak rasakan gerakan baby..
excited nya!~

Jan 2, 2014

I'm Positive!~

Views
assalamualaikum,

sekarang nak cerita detik2 mula2 dapat tahu dah positif pregnant..
alhamdulillah..seronok tak terkata..

29hb Oktober 2012,
dah merupakan hari ke 4 lewat period, dari tarikh 25hb
baru je beberapa hari kawan-kawan wasap ada update,
dah pregnant,
tiba-tiba je perasaan nak cuba tu menebal.

di kirimkan je pada suami,
belikan UPT,
suami cakap OK, sambil senyum..

masa tu perasaan rasa nak pecah dada
takde tanda apa2 pun,
cuma ada sakit pinggang, dan rasa macam nak period
memang rasa macam biasa
tapi time tu takde rasa mood nak marah2 pun,
kira mood swing2 memang takde
cuma beberapa malam memang sakit pinggang
xmakan dek urut...

bila suami dah balik bawak UPT,
dia lah paling tak sabar nak suruh pergi test cepat2,
yang kita ni,
sebab berdebar lagi banyak,
cool dulu...

masa suami keluar semula sekejap,
time tu lah kuatkan semangat,
pergi jugak cek..
walaupun dah tahu,
patut nya cek waktu pagi2 lebih clear kan..
hehe..tak sabor nak tunggu lak pulak,
plus, taknak cek time suami ada,

berlari-lari lah kita nak cek...hihihi

bila tunggu kejap je,
naik 2line...

confuse!~

sebab line yang kedua,
sangat kabur...

tanya kawan via wasap,
dia kata sah pregnant, cuma terlalu baru lagi,
wasap jugak kat kakak yang nurse tu,
dia pun kata..macam ada...
hati2 pilih makan...
dia siap test yang dia,
dia kata, kalau negatif,
line yang kedua memang tak akan ada..

debar, rasa nak pecah dada,
tunggu suami balik...
tak sabar nak bgatau,
tapi tak tau nak react macam mana,
nak melopat?nak peluk cium?
nak bgtahu macam mana..

dah susun-susun ayat,
macam2 ni pikir cara nak bgathu...
huhu..
kelakar lak pikir..
sebab still confuse dengan line yang kabur tu..

bila suami balik,
dah tak mampu nak cakap apa dah..

bagi je dia UPT tu,
sambil cakap, kalau dah dua line,
positif...
sambil sebak...air mata mengalir laju sangat,
kalah air mata putus cinta zaman dulu2..haha

menangis, tapi taknak suami tahu,
tutup muka.
tapi dia tahu kot kita menangis sebak,
di usap2 belakang,
alhamdulillah.....

eh.panjang nya..
nanti sambung lain lah..
bye..

Dec 11, 2013

Perihal anak-anak buah

Views
hai assalamualaikum...

mood masih down dalam meniti minggu2 akhir untuk berakhirnya 1st trimester,
persiapan untuk baby semua masih belum buat,
minggu ni dah minggu ke 12,
buku merah pun masih belum buat,
scan first pun belum buat...

kenapa tah teruja tu lambat nak datang,
sebab hati masih ragu-ragu,
taknak terlalu gembira,
sebab orang kata 3bulan pertama risiko untuk gugur sangat lah cerah,
mungkin asyik duk pikir camtu,
teruja pregnant tu lambat sampai..huhu


baru2 ni keluarga semua berkumpul
meraikan majlis perkahwinan abang nisa
2kali berkumpul ramai2
best nya tak terkata...

jumpa semua anak2 sedara
seronok bukan kepalang.

Nisa suka budak2
perangai pun macam budak2
kalau balik rumah mertua pun,
kadang2 behave cikit perangai,
risau kang diorang pelik perangai memang mcm budak2

mase berkumpul baru ni,
boleh dikatakan semua anak buah Nisa rapat dengan Nisa
dari yang paling besar darjah 4, sampai paling kecik 1tahun lebih,
semua mesra dengan acu dia ni.hehe

yang mana yang besar2,
kalau teringin nak makan apa,
mesti cari acu kat dapur,
'acu...kakak rasa nak minum air teh o limau, boleh acu buatkan?'
tak boleh pulak acu nak kata tak boleh...
xsampai hati...dalam loye2 tekak acu pun, buat jugak,..
even mak diorang sndiri pun ada kat dapur..
mak dia pulak risau susahkan acu...

tapi Nisa tak kisah..
Nisa memang suka diorang rapat dengan Nisa..

yang lain pulak,
kalau lapar, tapi taknak makan nasik...
dtg dekat acu,
jalan dekat , sambil gosok perut,
pastu cakap,
'kak ngah lapar la acu....nak cucur boleh?'
walaupun baru je sebelum tu mama dia tanya nak makan apa,
taknak cakap, nak ckp dekat acu jugak..
kelakar pulak kalau pikir..

diorng comel...

anak buah yang lelaki pulak,
darjah 2 tahun depan,
paling manja dengan acu..
tak boleh acu tegur ckit, nak merajuk
taknak makan...
acu pujuk2 mintak maaf baru ok..
kalau tak memang akan muncung...

masa dia kecik, Nisa mmg tinggl dengan famili dia di Putrajaya,
so memang tak pelik kalau dia sangat2 manja dengan Nisa,
tiap kalau Nisa dtg rumah dia, mesti tak boleh tidur satu malam,
kalau tak, pagi2 bising pegi cari acu dalam bilik belakang.

kalau acu ada, masa kecik2 suka mintak acu buat kan susu,
masa dah besar ckit, dah ada ego lelaki, tak tunjuk la gembira acu ada,
cuma nak pastikan acu ada lagi kat rumah dia je..
hihi..comel..

kalau dia tengok acu takde pagi2 kat rumah dia,
mesti dia akan tanya ibu dia,
'ibu, acu mana...acu tak suka duduk rumah afiq dah ke...'
ibu dia terus sms acu...sebak pulak acu...huhu

comel anak2 buahku..manje2..
sampaikan suami pun pelik,
manje betul anak2 buah syg...
(^_^)v

kalau yang masih kecik2 tu,
ada jugak perangai kecik nya...
ada yang susah nak potong rambut,
tapi bila dapat ngan acu, pujuk2...last2 berjaya acu potong rambut..
rambut depan panjang sgt, taknak ibu potong, nak potong kat saloon...
sangat lah membazir...

kalau anak buah yang baby ada sorang,
susah nak dengan semua orang,
orang2 terpilih je dia nak,
memang abang2 pun jeles la ngan Nisa,
sebab anak buah memang mudah dengan Nisa.

suka..=)

rasa bahagia sangat dapat main dengan kanak2..
hilang stress..

nanti nak ada anak sendiri pulak..
lagi bertambah-tambah seronok..
alhamdulillah....

syukur...

em, nak cerita kisah mula2 dapat tahu pregnant sebenarnya,
next entry lah..hehe

Nov 16, 2013

Syasmeen Shawl- Maroon + Creame Theme

Views

hai!~
nak jamu mata..=)
syasmeen shawl design..
handmade applique

btw, Beadadary dah ada Page..
jom jemput singgah..=)

Nov 15, 2013

Dilema

Views

Assalamualaikum.

hai..
(^_^)

dilema antara nk berhenti kerja atau tak
samaada nak berhenti kerja dan sambung parttime bisnes kat rumah, 
atau teruskan macam sekarang, 
kerja dari 8-5, balik rumah masak kemas rumah semua, dalam jam 9, start buat kerja manik.
biasa nya kerja manik dari jam 9- 12malam.
tapi kadang-kadang menglat jugak, 
sebab mabuk ngantuk..hehe

alhamdulillah...dah disahkan positif hamil..=)
syukur...

mungkin ini yang menambahkan dilema.

bila dah jadi pregnant mummy ni, 
hormon tu macam2 datang.
dari segi mual, muntah, penat, moody, semua bercampur aduk
lebih teruk dari pms yang selalu datang setiap bulan.

jadi macam perlukan rehat yang extra dari biasa,
dari awal nya boleh dari 9-12, 
sekarang dah jadi 10-11 je..
banyak yang bertangguh...

pergi kerja yang ambil masa sejam tu pun cukup memenatkan.
kadang2 menangis dalam kereta, 
sebab penat, pikir lepas ni nak masak, pastu jahit lagi..
menangis sendiri..
tak bagitau suami, sebab nanti dia kata, ciwek!~
tapi mmg ciwek..

lagi-lagi dalam masa sekarang.
tengok gambar anak sedara menangis pun, 
air mata ni terus mengalir.
laju

bila di fikirkan kembali, 
nanti dah perut memboyot, 
larat ke nak drive kerja pergi sejam, dan balik sejam,
perjalanan sahaja...
nak tukar kerja yang dekat , 
ada dapat, tapi gaji ditawarkan, rm900 je
dengan jawatan, Interior Designer cum sales
berbaloi ke?

dilema lagi pasal kerja....

nak kata bosan dengan kerja sekarang ni, 
itu bukan masalah utama...
cuma sekarang, 
hati lebih kepada jahitan manik.
dah takde hati nak kerja dengan orang.
yang mengikat bg cuti minimum.

kalau kerja dari rumah..
mampu ke nanti nak bayar kereta, loan study, 
takkan nak susahkan suami?

humm,,
percayakan rezeki dari Allah...

dilema...dilema..dilema..
kadang2 stress rasa
takut berhenti kerja nanti, 
terbebankan suami bayarkan hutang piutang...=(

dah google pengalaman orang yang berhenti kerja
untuk jadi surirumah...
baru rasa tenang sikit..

nanti sambung fikir..