Jan 31, 2012

Risikan

Views
'kring...kring..'
bunyi telepon yang asalnya bernada bunyi Nokia tune

Hello mak, Assalamualaikum..

Ni...mak saje nak tanya...Bila orang 'tu' nak datang nye..mak nak jemput jiran ni..nak booking tarikh lagi...

errr....sabar la mak.2bulan lagi kan?

tak boleh la gitu...datang la awal..mak nak banyak keje lagi nk buat ni...

tapi mak...dia bizi..asyik balik keje lewat je...

nanti cakap kat die, tak boleh datang siang, malam pun takpe...



_----err...adakah ini ayat penutup untuk tiada alasan lain lagi???

hihihi....

Melayu kita penuh dengan adat..bukan niat untuk membelakangi adat budaya kita, cuma kadang-kadang terlepas pandang.

macam mana la gaya nya orang merisik ni ye? ala...risik2 sesame kita je tak boleh ke?
sini aku sediakan sekali untuk fahaman semua yang membaca tentang adat kita untuk Merisik.

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.
Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang
Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase neh lah pemberian cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan tarikh pertunagan.

Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.


Ok, cukup dulu untuk setakat ni ya..=)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih memberi sokongan..=)