Feb 14, 2012

Bongsu VS Bongsu

Views
Tak tahu nak mulakan ayat macam mana
Mungkin orang melayu atau mungkin orang dulu-dulu ada satu kepercayaan
yang sesetengah di zaman sekarang mungkin percaya dan ikut
lebih kurang macam pantang larang lah jugak kan...
orang dulu2 banyak sangat pantang larang nya..

Bukan menafikan, Bukan juga ikut 100%
tapi yang betul nya semua dari Takdir Allah kan..

Antara Nisa dan Kanda,
kami dua-dua anak bongsu
kira betul-betul yang terakhir
dah tak wujud adik selepas kitorang lahir..huhu ( tu pun nak cakap)

orang kata Bongsu ni panas kan
sebab? mungkin terlebih manja
dan susah nak mengalah..
Nisa memang percaya
pernah jugak cerita pada Kanda,
tapi Kanda tak percaya semua tu
dia kata 'kadang2 yang bongsu boleh lagi matang dari yang sulong'
itu kata beliau....

pada mak Nisa pulak,
dia pernah kata Nisa ni tak boleh ditegur
cepat melenting....susah untuk mengalah
tapi some part je yang Nisa cool
tapi sebenar nya tak amik port la tu...sebab tu boleh cool..hehe

pada side kanda pulak
kakak dia pernah puji
dan pernah sekali jugak kanda pernah marah sampai satu hari
tapi tak lah marah tengking2..cuma perli2 aje..
pedas jugak ayat2 kanda ni kalau die perli tu...(sebab pernah rase..huhu)
kalau bab mengalah tu....kadang2 mengalah, kadang2 taknak kalah..

kalau dengan Nisa,
tak pasti la jugak, rasa macam kanda yang selalu mengalah
sebab dia cepat cool...

dari mula-mula kenal pun semua ni dah Nisa pikirkan
takut nak sayang dia sebab status sama-sama Bongsu
tapi sayang ini hadir tanpa di minta...:P ececece..berjiwang pulak cni...hehe

dan sekarang...Alhamdulillah
masih dalam masa mengenal hati budi...
semoga Allah permudahkan hubungan ini..amin...

di bawah Nisa ada buat review sikit tentang hubungan berdasarkan turutan dalam keluarga.


Info:

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

credit : Serikasih.com

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih memberi sokongan..=)