Dec 29, 2012

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Views
mak selalu pesan...

'pergi la lawat dia....dah lama adik tak pegi jenguk dia, jangan sampai dia dah meninggal baru nak melawat...'

dan sekarang..
dia dah pun pergi mengadap Ilahi...
Yang Maha Pencipta...

pergi nya dia mengadap Ilahi tanpa lawatan terakhir dari anak angkat nya
yang selalu di peluk cium dari kecik sampai besar...
sobs...='(

dah dua kali raya tak sempat nak pergi rumah dia
pertama, raya puasa tahun 2012
kedua, raya haji 2012
last melawat dia masa di hospital tahun 2011, hujung tahun tak silap...

lama....
kan?

masa last jumpa dia di hospital,
urut2 kaki dia...
kurus kaki berbanding badan...
urut cukup syarat, dikatakanya aku hanya urut tulang sj..
aku senyum...ambil hati....
walau dalam hati, sebak...tapi redha...

malam tadi abah call
sebab nak bgtau, pakcik Me dah meninggal..
innalillah...
betul mak ckp,
jangan dia dah takde, baru sedih sebab tak sempat melawat...
masa yang ada, taknak pun luangkan sikit
melawat dia..
bukan orang lain...
jiran rapat, dan dia anggap aku anak dia dah pun...
tiap kali datang rumah dia,
salam cium tangan, dia akan tarik kepala aku,
cium pipi, sambil mulut tak pernah lekang cakap..

'ni anak aku jugak ni...dari kecik duk umah aku, ikut aku pegi mana2...anak aku ni...besaq dah anak aku'

tepuk2 belakang aku jugak..

sebak tak bila orang serapat tu, kita dah abaikan..
langsung tak melawat dari masa tenat, sampai ke liang lahad....

sobs....

semoga Pakcik Me ditempatkan di kalangan yang diredhai olehNya...
amin....

2 comments:

  1. innaLiLLah..bayakkan sedekah al-fatihah, yassin utk arwah..

    ReplyDelete
  2. al fatihah..mesti rasa terkilan sikit kan ..

    ReplyDelete

Terima kasih memberi sokongan..=)